Selasa

UJIAN 1

Bahagian A

1. Penyataan berikut yang manakah tidak benar?

A Seorang usahawan tidak semestinya seorang ahli perniagaan.
B Richard Cantillon adalah pengasas konsep keusahawanan.
C Usahawan adalah seorang yang berdaya kreatif.
D Usahawan mementingkan keuntungan jangkamasa panjang.

2. Kompetensi keusahawanan bermaksud

A kemahiran kerja berkumpulan.
B keupayaan untuk menanggung risiko.
C kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan.
D kebolehan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan
pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.

3. Berikut merupakan ciri-ciri peniaga kecuali

A membeli barang untuk dijual.
B mencipta barang sendiri.
C mempunyai sifat boleh mengurus.
D mementingkan keuntungan jangkamasa pendek.

4. Berikut merupakan definisi usahawan kecuali

A berani mengambil risiko.
B mempunyai wawasan.
C memulakan atau menubuhkan sesuatu peniagaan.
D bergantung kepada individu lain untuk membuat keputusan.

5. Pilih kenyataan yang paling tepat bagi Industri Kecil Dan Sederhana.

A Satu perindustrian yang bersifat tempatan.
B Tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara.
C Boleh mengasah bakat berniaga di IKS.
D Ditentukan berdasarkan kepada output.

6. Pilih kenyataan yang benar.

A Keputusan perniagaan yang ideal ialah yang beretika dan tidak menyalahi undang-undang.
B Adalah ideal dalam sesetengah situasi, usahawan membuat keputusan yang beretika tapi menyalahi undang-undang.
C Dalam membuat keputusan, usahawan perlu mengutamakan keuntungan walaupun kadang kala keputusan tersebut adalah tidak beretika dan tidak mengikut undang-undang.
D Usahawan selalu tidak menghadapi dilema dalam membuat keputusan yang paling ideal.

7. Dalam Information and Communication Technology (ICT), terdapat tiga aktiviti iaitu input, output dan

A pengubahsuaian.
B pemprosesan.
C analisis.
D aplikasi.


Industri Bil Pekerja Tetap
(Orang) Nilai Jualan Tahunan
(RM)
IKS 150 RM 25 juta
Sederhana 51 – 150 ?
Kecil ? RM 10 juta

8. Berdasarkan kepada ketetapan di atas berapakah bil pekerja tetap bagi industri kecil dan nilai jualan tahunan bagi industri sederhana?

A 50 orang dan RM 10 hingga RM 25 juta
B 45 orang dan RM 10 hingga RM 25 juta
C 50 orang dan RM 15 hingga RM 20 juta
D 45 orang dan RM 15 hingga RM 20 juta

9. Kepentingan ICT kepada usahawan masakini adalah seperti berikut kecuali

A memberi gambaran dan imej syarikat yang kukuh (well-established).
B menjimatkan pelbagai kos pengurusan.
C membolehkan maklumat diproses dalam masa yang lama.
D membantu menyebarkan maklumat perniagaan untuk kakitangan dalam syarikat dan pihak luar.

10. Industri Kecil dan Sederhana merupakan sejenis perindustrian yang bertaraf tempatan. Antara peranannya ialah

I meningkatkan daya saing negara.
II. menjadi teras kepada proses perindustrian negara.
III. menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor
perindustrian
IV. membekalkan peralatan dan komponen kepada syarikat besar tempatan
dan juga kepada syarikat multinasional di peringkat antarabangsa

A I sahaja.
B I dan II sahaja.
C III dan IV sahaja.
D I, II, III dan IV.

11. Untuk mendapatkan idea perniagaan sesesorang boleh melakukan usaha-usaha yang sistematik seperti mendapatkan maklumat daripada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber sekunder ialah

I maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan tertentu.
II maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sedia ada akibat daripada lain-lain tinjauan atau rekod yang telah dibuat untuk kegunaan pihak lain.
III diperolehi dengan merujuk rekod-rekod dalaman syarikat, badan-badan kerajaan dan lain-lain sumber luar seperti kajian perpustakaan, internet dan sebagainya.
IV diperolehi dengan menemubual sejumlah penduduk di sesuatu kawasan.

A I sahaja.
B IV sahaja.
C II dan III.
D II dan IV.

12. Idea perniagaan boleh dijana dan dikenalpasti melalui langkah-langkah berikut kecuali

A melihat persekitaran.
B melihat kemampuan diri.
C mengenalpasti nilai masyarakat.
D mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pesaing-pesaing.

13. Idea perniagaan boleh dijana dan dikenalpasti melalui langkah-langkah berikut:

A Melihat kemampuan diri melihat persekitaran mengenalpasti nilai Masyarakat
B Melihat persekitaran melihat kemampuan diri mengenalpasti nilai masyarakat
C Mengenalpasti nilai masyarakat melihat persekitaran melihat
kemampuan diri
D Melihat persekitaran mengenalpasti nilai masyarakat melihat
kemampuan diri

14 Idea perniagaan boleh dijana dengan melihat faktor-faktor persekitaran seperti
berikut

I Data import dan data eksport
II Struktur penduduk
III Masalah sosial setempat
IV Undang-undang dan peraturan kerajaan

A I dan II
B II dan IV
C I.II dan III
D I, II, III dan IV

15. Terdapat dua kaedah untuk mendapatkan idea perniagaan melalui sumber primer iaitu kaedah

I pemerhatian.
II tinjauan.
III soal selidik.
IV rujukan perpustakaan.

A I dan III.
B I dan IV.
C II dan IV.
D III dan IV.

16. Maklumat yang diperolehi melalui tinjauan untuk sesuatu tujuan tertentu dikenali sebagai

A sumber primer.
B sumber sekunder.
C sumber tertiari.
D sumber asal.

17. Idea perniagaan boleh dijana dengan melihat faktor-faktor persekitaran seperti berikut kecuali

A kemahiran.
B rantaian industri.
C data import dan eksport.
D sumber tempatan dan penemuan teknologi

18. Terdapat tiga jenis modal asas yang diperlukan dalam urusniaga iaitu modal tetap,
modal kerja dan

A modal permulaan.
B modal tumbuhan.
C modal sampingan.
D modal tambahan.

19. Berikut merupakan faktor-faktor persekitaran yang boleh dilihat untuk mengenalpasti idea untuk perniagaan baru kecuali

A struktur penduduk, pendapatan dan citarasa.
B undang-undang dan peraturan kerajaan.
C rancangan pembangunan kerajaan dan swasta.
D rancangan perniagaan.

20. Idea perniagaan boleh dijana dengan melihat faktor-faktor persekitaran berikut kecuali

A data import dan eksport.
B rancangan perniagaan.
C sumber tempatan dan penemuan teknologi.
D rantaian industri.

Bahagian B

Soalan 1

a) Berikan definisi usahawan.
(2 Markah)

b) Berikan 3 perbezaan di antara usahawan dan peniaga.
(6 Markah)

c) Berikan definisi etika perniagaan.
(2 Markah)

Soalan 2

a) Berikan 3 tanggungjawab sosial dalam keusahawanan?
(3 Markah)

b) Berikan 3 Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara ?
(3 Markah)

c) Apakah maksud Perisian Komputer?
(2 Markah)

d) Apakah maksud teknologi maklumat dan komunikasi?
(2 Markah)

Soalan 3

Pemilihan idea perniagaan boleh diperolehi melalui beberapa sumber dan proses yang tertentu sebelum sesebuah perniagaan dimulakan.

a) Terangkan dua sumber serta contoh untuk mendapatkan maklumat idea perniagaan.
( 4 markah )

b) Berikan tiga langkah dalam menjana dan mengenalpasti idea perniagaan.
( 3 markah )

d) Nyatakan dua jenis risiko yang perlu diberikan perhatian sebelum dan semasa menjalankan perniagaan.
( 3 markah )

KUIZ 1

Soalan

1. Nyatakan 2 maksud Usahawan?

2. Nyatakan 2 maksud keusahawanan?

3. Apakah maksud Kompetensi Keusahawanan?

4. Nyatakan 5 perbezaan di antara usahawan dan peniaga .

5. Senaraikan 5 kompetensi usahawan berjaya

6. Nyatakan kompetensi usahawan yang sesuai bagi setiap kenyataan di bawah

• Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat

• Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu .

• sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.

• mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati.

• mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti

TUGASAN 3

Soalan

1 Nyatakan samada kenyataan berikut Betul (B) atau Salah (S).

i. ……….. Penyataan misi diperlukan oleh perniagaan yang baru
sahaja.
ii. ……….. Penyataan misi membantu operasi fokus kepada
matlamat perniagaan.
iii. ……….. Penyataan misi dapat mengurangkan pembaziran
sumber perniagaan.
iv. ……….. Penyataan misi membuat penentuan kedudukan
perniagaan dalam pasaran dan ke arah mana ingin
dituju.

2 Tuliskan satu penyataan misi untuk sebuah butik pakaian wanita bagi pelanggan
yang berpendapatan sederhana dan tinggi.


3. Nyatakan tujuan disediakan perkara berikut di dalam Rancangan
Perniagaan.

i. Ringkasan Eksekutif/Abstrak
ii. Jadual Perlaksanaan Projek
iii. Proforma Untung Rugi Perniagaan

TUGASAN 2

SOALAN


1. Berikan definisi Industri Kecil Sederhana
(3 markah)

2. Berikan maksud SMIDEC
(2 markah)

3. Berikan fungsi SMIDEC kepada Industri Kecil Sederhana (IKS)
(10 markah)

4. Bagaimanakah SMIDEC membantu IKS?
(3 markah)

5. Apakah maksud Etika Perniagaan?
(2 markah)

6. Berikan 5 Etika Perniagaan
(10 markah)

TUGASAN 1

SOALAN

1. Nyatakan tiga sumber yang menyatakan definisi usahawan
(6 markah)

2. Nyatakan lima ciri-ciri usahawan dan lima ciri-ciri peniaga
(10 markah)

3. Nyatakan dan terangkan dua usahawan yang telah Berjaya dalam bidang keusahawanan
(4 markah)

Selasa

Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Laman Blog saya. Di sini saya letakkan segala nota sepanjang proses pengajaran dan pembelaJaran untuk subjek CBA 309. Saya juga meletakkan segala contoh -contoh soalan tugasan, kuiz dan ujian untuk kegunaan anda semua. Diharapkan dengan adanya blog ini akan memudahkan anda untuk mengulangkaji mata pelajaran CBA 309 ini.